Rangkaian ialah unit - unit dalam kumpulan atau sistem yang berhubungan antara satu sama lain. Contoh rangkaian adalah seperti rangkaian laluan udara dan siratan makanan.
RANGKAIAN LALUAN UDARA
SIRATAN MAKANAN
Rangkaian komputer ialah sekumpulan komputer dan peranti berkaitan yang disambungkan antara satu sama lain untuk tujuan capaian maklumat , komunikasi dan perkongsian sumber. Melalui rangkaian , kita dapat mengakses data , perisian dan peranti yang terdapat pada komputer lain.
Rajah di bawah menunjukkan contoh rangkaian komputer .
1.2 RANGKAIAN BERWAYAR DAN TANPA WAYAR
Rangkaian komputer terdiri daripada rangkaian berwayar dan rangkaian tanpa wayar.
Rangkaian berwayar ialah rangkaian unit-unit dalam kumpulan atau sistem yang berhubungan antara satu sama lain dengan menggunakan kabel rangkaian.
Rangkaian tanpa wayar ialah rangkaian unit-unit dalam kumpulan atau sistem yang berhubungan antara satu sama lain dengan menggunakan gelombang radio.
1.3 KEGUNAAN RANGKAIAN
Satu daripada kegunaan rangkaian komputer adalah untuk capaian maklumat. Contoh capaian maklumat adalah melayari laman web.
Satu lagi kegunaan rangkaian komputer adalah untuk perkongsian sumber. Perkongsian sumber seperti perkongsian perisian dan peranti dapat meminimumkan bilangan perisian dan peranti yang diperlukan. Perkongsian sumber juga memudahkan serta mempercepat capaian dan penyebaran sumber.