Tuesday 9 May 2017

Rangkaian Komputer

1.1 KONSEP RANGKAIAN

Rangkaian ialah unit - unit dalam kumpulan atau sistem yang berhubungan antara satu sama lain. Contoh rangkaian adalah seperti rangkaian laluan udara dan siratan makanan.

                      RANGKAIAN LALUAN UDARA

                             SIRATAN MAKANAN

MAKSUD RANGKAIAN KOMPUTER

Rangkaian komputer ialah sekumpulan komputer dan peranti berkaitan yang disambungkan antara satu sama lain untuk tujuan capaian maklumat , komunikasi dan perkongsian sumber. Melalui rangkaian , kita dapat mengakses data , perisian dan peranti yang terdapat pada komputer lain.

Rajah di bawah menunjukkan contoh rangkaian komputer .


1.2 RANGKAIAN BERWAYAR DAN TANPA WAYAR

Rangkaian komputer terdiri daripada rangkaian berwayar dan rangkaian tanpa wayar.

Rangkaian berwayar  ialah rangkaian unit-unit dalam kumpulan atau sistem yang berhubungan antara satu sama lain dengan menggunakan kabel rangkaian.


Rangkaian tanpa wayar ialah rangkaian unit-unit dalam kumpulan atau sistem yang berhubungan antara satu sama lain dengan menggunakan gelombang radio.


 
1.3 KEGUNAAN RANGKAIAN


Satu daripada kegunaan rangkaian komputer adalah untuk capaian maklumat. Contoh capaian maklumat adalah melayari laman web.


Rangkaian komputer juga boleh digunakan untuk berkomunikasi. Antara contoh komunikasi melalui rangkaian komputer ialah e-mel , bual maya dan  sidang video.


Satu lagi kegunaan rangkaian komputer adalah untuk perkongsian sumber. Perkongsian sumber seperti perkongsian perisian dan peranti dapat meminimumkan bilangan perisian dan peranti yang diperlukan. Perkongsian sumber juga memudahkan serta mempercepat capaian dan penyebaran sumber.

No comments:

Post a Comment